Sebelum buyer luar negara tanya, pastikan jawapan dah ada.
Dalam Export Now Workshop, kita fokus pada keputusan yang biasanya menentukan sama ada minat buyer boleh bergerak menjadi tempahan eksport: harga, pasaran, pengedar, label pembungkusan dan penghantaran kontena pertama.
Bila buyer mula tanya, anda dah tahu apa nak jawab, apa yang kena semak, dan apa yang perlu difikirkan dulu sebelum terus kata yes.
English + Bahasa Melayu · 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Sarapan, rehat kopi dan makan tengah hari disediakan.
Saya tak belajar eksport daripada slaid PowerPoint. Saya belajar dengan buat sendiri.
Sejak 2018, saya bawa produk sendiri ke pasaran antarabangsa, hantar kontena ke 35 negara di enam benua, dan jadi pempamer di trade show antarabangsa seperti SIAL Paris, ANUGA Germany, FOODEX Tokyo, Gulfood Dubai, Summer Fancy Food New York dan banyak lagi.
Saya dah jumpa ribuan buyer, secara bersemuka dan melalui email, WhatsApp serta Zoom, merentas negara dan zon waktu yang berbeza.
Saya dah biasa sediakan sebut harga, hantar sampel, runding harga, bekerja dengan pengedar, urus permintaan ubah suai pembungkusan, jawab soalan pensijilan, bincang hak eksklusif, urus penghantaran kontena dan follow-up buyer yang senyap.
Ada perbualan yang jadi order.
Ada yang tak ke mana.
Ada yang ambil masa berbulan-bulan.
Sepanjang perjalanan itu, saya belajar perkara yang susah nak faham kalau hanya melalui teori dan slaid.
Ada ilmu yang saya belajar dengan masa, duit dan pengalaman sendiri.



Export Now Workshop ialah workshop yang saya sendiri perlukan ketika mula eksport dulu. Apa yang ambil masa bertahun-tahun untuk saya belajar, saya susun dalam dua hari supaya anda boleh buat keputusan dengan lebih cepat dan lebih jelas.
Yasmin Karim, Founder of XportStack
Lepas itu, soalan buyer datang satu demi satu.
Anda mungkin dah habiskan berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun, untuk hasilkan produk. Lepas itu, keluar lagi duit untuk jadi pempamer di trade show: tiket penerbangan, hotel, booth, dan kurier sampel ke luar negara. Tiga hingga lima hari berdiri di booth, bercakap dengan buyer seorang demi seorang.
Akhirnya, ada buyer yang betul-betul berminat.
Mereka pegang produk.
Mereka tanya soalan.
Mereka ambil kad bisnes.
Mungkin mereka siap cakap:
“Send me your quotation.”
Bagus. Inilah saat yang anda tunggu.
Lepas itu, barulah soalan yang lebih serius mula datang.
Yang paling sakit bukan bila buyer tak berminat. Yang lebih sakit ialah bila buyer dah tunjuk minat, tapi kita masih tak pasti apa nak buat seterusnya.
Buyer minta harga, kena semak dulu.
Minta hak eksklusif, kena fikir.
Minta terma pembayaran, kena kira.
Tanya tentang pembungkusan, kena rujuk orang lain.
Minta dokumen, baru mula cari.
Sedikit demi sedikit, perbualan mula perlahan.
Lepas itu buyer senyap.
Mula tertanya-tanya:
Sebab harga ke?
Mereka dah berubah fikiran?
Kita lambat respon?
Atau produk kita tak cukup bagus?
Kadang-kadang masalahnya bukan produk. Yang belum bersedia ialah bisnes dan operasi di sebalik produk itu.
Itulah jurang yang Export Now Workshop dibina untuk bantu rapatkan.
Dalam dua hari ini, cara anda melihat eksport mungkin berubah.
Mungkin sekarang masih fikir: “Eksport cuma untuk jenama besar.”
Lepas dua hari, mungkin cara anda melihat saiz syarikat dan kesediaan untuk eksport akan berubah.
Mungkin sekarang masih fikir: “Kenapa buyer luar negara nak beli daripada kilang kecil di Malaysia?”
Jawapannya mungkin tak seperti yang ramai founder sangka.
Mungkin sekarang masih fikir: “Saya cuma perlukan lebih ramai buyer.”
Tapi bagaimana kalau lebih ramai buyer belum tentu menyelesaikan masalah sebenar?
Mungkin sekarang masih fikir: “Harga eksport saya USD 2.50.”
Lepas Export Now Workshop, ayat itu mungkin rasa belum cukup lengkap.
Mungkin sekarang masih fikir: “Pengedar nak hak eksklusif. Baguslah.”
Hak eksklusif memang bunyinya menarik. Tapi sebelum terus kata yes, ada beberapa perkara yang perlu jelas dulu.
Kebanyakan seminar eksport bantu anda faham bagaimana eksport berfungsi. Export Now Workshop bantu anda kira, semak dan tentukan apa yang patut dibuat untuk produk sendiri.
FOB, CIF, HS code, Certificate of Origin, perjanjian pengedar, terma penghantaran dan terma pembayaran, semua itu boleh cari di Google atau tanya ChatGPT.
Tapi soalan yang lebih penting ialah:
Berapa harga yang patut saya tawarkan?
Pasaran mana yang sesuai untuk produk saya?
Apa yang patut saya tanya pengedar?
Apa yang boleh saya setuju, dan apa yang kena semak dulu sebelum beri sebut harga?
Mampukah syarikat saya urus order ini dengan baik?
Di situlah Export Now Workshop bermula.
Kita ikut flow sebenar eksport. Satu keputusan akan mempengaruhi keputusan yang seterusnya.
7 perkara yang anda bawa pulang.
Bukan sekadar duduk dan dengar. Anda akan kira, semak dan buat keputusan menggunakan produk dan angka sebenar.
Cari jurang. Kira angka sebenar.
Export Readiness Diagnostic
Mula dengan tengok kedudukan sebenar produk dari segi harga, pasaran, pengedar, pematuhan dan penghantaran. Dari sini, kita boleh nampak dengan lebih jelas apa yang dah bersedia dan apa yang masih perlu diperbaiki.
HASIL: Skor Kesediaan Eksport
Export Price Surgery
Harga kilang tu baru permulaan.
Bawa angka sebenar. Kita bedah harga eksport satu per satu dan tengok apa yang berlaku pada margin bila buyer mula minta perubahan pada harga, kuantiti, pembungkusan, terma pembayaran atau penghantaran.
HASIL: Harga Eksport + Margin Minimum
Market Gate
Negara yang nampak menarik belum tentu pasaran yang paling sesuai.
Bawa pasaran yang sedang dipertimbangkan, kemudian kita tapis satu per satu. Ada yang mungkin naik ke senarai keutamaan, ada yang terus terkeluar, dan mungkin ada pasaran yang sebelum ini tak pernah diberi perhatian tetapi sebenarnya lebih berbaloi untuk diterokai.
HASIL: Senarai Pendek Pasaran Sasaran
Bina perbualan dengan buyer.
Distributor Red-Flag Roleplay
Mula-mula pengedar suka produk. Lepas itu datang permintaan sebenar: nak harga lebih rendah, nak kawasan lebih besar, nak tempoh bayaran lebih panjang, nak hak eksklusif.
Di sini kita akan berlatih bagaimana nak nilai setiap permintaan sebelum terus kata yes.
HASIL: Pelan Pengedar + Senarai Tanda Amaran
Label Red-Flag Audit
Produk kena lepas pemeriksaan dulu sebelum sampai ke pengguna. Bawa pembungkusan sebenar dan kita semak satu per satu: apa yang dah okay, apa yang kena diperbaiki, dan apa yang mungkin jadi isu bila produk masuk ke pasaran tersebut.
HASIL: Senarai Jurang Pematuhan + Label Pembungkusan
First Shipment War Room
Buyer dah confirm order. Sekarang kerja sebenar bermula: pengeluaran, pembungkusan, bayaran, dokumen, penghantaran, timeline dan permintaan last minute.
Dalam latihan ini, kita akan tengok apa yang berlaku bila satu keputusan mula beri kesan kepada keputusan yang lain.
Sampai satu tahap, mungkin anda sendiri akan terfikir:
“Order ni masih berbaloi ke untuk diterima?”
HASIL: Pelan Penghantaran Kontena Pertama
Sebelum jadi pempamer di trade show, sertai Export Now Workshop dulu.
Jangan tunggu sampai di trade show baru nak sedar harga belum jelas, MOQ masih tak pasti, lead time belum confirm atau pembungkusan belum bersedia.
Trade show terlalu mahal untuk jadi tempat kita baru nak belajar atau baru nak nampak kelemahan sendiri.
Cari dan betulkan gap itu dulu sebelum buyer yang jumpa.
Siapa yang sesuai sertai Export Now Workshop?
Workshop ini sesuai untuk anda kalau:
- ✓ Dah ada produk sebenar.
- ✓ Nak mula eksport tapi masih tak pasti apa langkah seterusnya.
- ✓ Dah mula terima pertanyaan daripada buyer luar negara.
- ✓ Sedang bersedia untuk trade show, atau nak dapat hasil yang lebih baik daripada trade show yang pernah disertai.
- ✓ Dah mula berbincang dengan pengedar yang berpotensi.
Export Now Workshop dibina untuk syarikat yang dah sampai ke tahap ini: produk dah ada. Sekarang, tiba masanya untuk bina bisnes dan operasi eksport yang boleh menyokong produk itu bila peluang luar negara datang.
Berapa kos satu kesilapan eksport yang sebenarnya boleh dielakkan?
Satu order yang salah harga.
Satu pembungkusan yang kena cetak semula.
Satu kos penghantaran yang tak sepatutnya berlaku.
Satu keputusan pengedar yang silap.
Satu pasaran yang dimasuki terlalu awal.
Satu trade show yang mahal, akhirnya jumpa buyer, tapi belum bersedia untuk jawab soalan mereka.
RM1,497 bukan sekadar untuk dua hari belajar tentang eksport.
Ia untuk dua hari cari dan rapatkan jurang sebelum kesilapan kecil bertukar menjadi masalah yang mahal.
Bawa pasukan yang akan benar-benar buat eksport jadi kenyataan.
Eksport jarang terletak pada satu orang sahaja. Satu orang mungkin buat keputusan komersial, tapi ada orang lain yang kena uruskan pertanyaan buyer, sebut harga, dokumen, follow-up dan penghantaran. Sebab itu Export Now Workshop juga ada sebagai bundle syarikat.
Datang sebagai satu pasukan? Disyorkan. Bila orang yang buat keputusan, orang jualan atau eksport dan orang operasi sama-sama selesaikan keputusan eksport yang sama, jauh lebih mudah nak laksanakan apa yang perlu dibuat selepas workshop.
Buyer seterusnya boleh datang dari mana-mana saluran. Dari trade show, email, LinkedIn, WhatsApp, referral, atau perbualan yang langsung tak dijangka.
Kita mungkin tak tahu bila peluang itu akan datang. Tapi kita boleh mula bersedia dari sekarang.
Cari jurang sebelum buyer yang jumpa dulu.
English + Bahasa Melayu · 25 peserta sahaja · RM1,497 setiap peserta
Sarapan, rehat kopi dan makan tengah hari disediakan.
Sertai Export Now Workshop